SEJARAH HOKI DALAM DAN LUAR NEGARA
- Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
- Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain, permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang merbahaya kepada para pemain
- Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.
- Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey.
- Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di Selatan London merupakan kelab hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861. Kelab ini turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesilapan.
- Pada tahun 1875, undang-undang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London. Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk permainan ini pada tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat, Eropah dan juga di Malaysia.
MALAYSIA
- Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad, penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini.
- Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.